Anda
seorang yang bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang Berjaya? Tapi
semua perkara yang anda lakukan seperti sia-sia sahaja kerana semuanya tidak
menjadi. Di manakah silapnya? Adakah anda sendiri tahu dimanakah silapnya? Jika
kita ditanya, siapakah yang mahukan kejayaan? Sudah tentu semua orang inginkan
kejayaan. Tetapi, mengapa kebanyakan daripada mereka sentiasa gagal untuk
mencapai sesuatu kejayaan itu? Mari kita sama-sama melihat cirri-ciri yang
perlu pada diri anda untuk menjadi seorang yang Berjaya.
1. Keperluan untuk
kejayaan
Usahawan
sentiasa mempunyai keperluan untuk berjaya dengan cemerlang dalam hidup. Mereka
sedar hidup yang berjaya adalah hidup yang bermakna.
2. Hasrat untuk
menerima hasrat
Seseorang
usahawan adalah pengejar risiko. Namun, risiko yang dipilihnya adalah yang
sederhana. Mereka sukakan cabaran dan kejayaannya mengatasi cabaran akan
memberi kepuasan kepadanya setelah mereka berjaya.
3. Bebas dari aspek
fikiran dan tindakan
Usahawan
tidak akan membiarkan dirinya terkongkong oleh perkara yang akan membantutkan
cita-citanya. Mereka akan merancang dan melakukan sendiri apa yang
sebaik-baiknya yang patut mereka lakukan.
4. Menyelesaikan
masalah
Seseorang
usahawan akan menyelesaikan masalahnya dengan cepat dan sebaik mungkin. Mereka
tidak membiarkan masalah itu bertimbun-timbun hingga gagal diselesaikan. Mereka
mengambil masalah dan memecahkannya kepada masalah kecil, kemudian
menyelesaikannya satu persatu. Ini akan lebih memudahkan lagi mereka untuk
menyelesaikannya dengan lebih cepat.
5. Sering
mengharapkan masa depan yang baik
Usahawan
sentiasa mempunyai harapan dan pemikiran yang positif mengenai masa depannya.
Mereka ini akan sering berfikir bahawa jika berusaha bersungguh-sungguh,suatu
hari nanti akan beroleh kejayaan yang mereka impikan.
6. Mencari
persekitaran yang baik
Untuk
menjamin bahawa mereka ini tidak terpengaruh oleh gejala negatif, usahawan
mencari persekitaran yang baik dan dapat membantunya menjayakan cita-citanya.
Dan membuat sesuatu pekerjaan itu di persekitaran yang tenang, membantu kita
untuk lebih FOKUS menyiapkan sesuatu pekerjaan itu.
7. Keupayaan
mempraktikkan sesuatu
Satu
cara terpenting bagi seseorang usahawan ialah membuat apa yang dirancang.
Mereka bukan hanya sekadar mempunyai banyak idea, malah berusaha
bersungguh-sungguh untuk menjadikan ideanya satu kenyataan yang diimipkan
seterusnya memberikan mereka kejayaan.
8. Tampuk kawalan
Seorang
usahawan adalah seorang ketua yang berwibawa dalam organisasi perniagaannya.
Mereka ini sedar mengenai kepentingan pengurusan manusia dan dapat mengurus
pekerjaannya dengan baik. Mereka ini selalunya disukai serta dihormati oleh
pekerjanya. Mereka juga berkebolehan untuk mengawal perniagaannya dengan
teratur dan memastikannya berjalan lancar serta memperoleh keuntungan.
9. Kepercayaan timbal
balik dengan orang lain
Asas
bagi perniagaan ialah saling mempercayai. Seseorang usahawan perlu percaya
kepada kebolehan pekerjanya, percaya kepada pembekalnya serta pembelinya.
Namun, dia harus menangani perkara ini dengan penuh kebijaksanaan. Oleh itu,
barulah sesuatu perniagaan itu akan Berjaya dengan sikap percaya antara satu
sama lain.
10. Keyakinan
terhadap kebolehan dirinya sebagai usahawan
Ini
sifat yang amat penting. Keyakinanlah yang menyebabkan seseorang usahawan
menjadi berani menempuh risiko dan dugaan. Bersama keyakinan inilah mereka ini
mampu bergerak maju walaupun dengan bantuan yang sedikit atau tiada bantuan
langsung. Inilah yang akan mendorong mereka untuk lebih maju dan berjaya.
11. Kesediaan
menerima tanggungjawab
Usahawan
itu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Jika mereka membuat
kesilapan, mereka akan bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu dan
menjadikannya pengajaran serta bertekad tidak mahu mengulanginya lagi pada masa
akan datang. Sememangnya, kegagalan itulah yang akan memberikan kita kejayaan
suatu hari nanti.
12. Keupayaan mencari
peluang
Usahawan
bijak mengenal pasti peluang. Dia sentiasa berkesempatan mengaut keuntungan
atau peluang baru bagi memajukan perniagaannya. Keupayaan mengenal pasti peluang,
merebut dan melaksanakannya adalah kualiti penting seseorang usahawan berjaya.
13. Mempunyai
cita-cita lebih tinggi
Kebiasaannya
manusia akan berhenti di zon selesa dan tidak lagi memasang cita-cita untuk
lebih maju. Usahawan berjaya sentiasa menetapkan matlamat yang lebih tinggi
apabila cita-citanya selama ini telah dicapai.
14. Konsep diri yang
positif
Seorang
usahawan berfikir secara positif. Dengan cara ini dia berkebolehan melihat
sesuatu masalah sebagai peluang, berbeza daripada ramai insan yang menganggap
peluang sebagai masalah.
15. Belajar dari
keputusan
Seseorang
usahawan itu sentiasa mahu mengetahui sejauh manakah dia berjaya melaksanakan
tugasnya. Dia sentiasa mahu mendapatkan maklum balas mengenai pencapaiannya.
Maklum balas ini membolehkan mereka merangka strategi baru untuk memajukan perniagaan
atau membuat keputusan penting.
16. Berperasaan tidak
puas hati dan mahu berubah
Usahawan
berfikir bahawa sebenarnya mereka boleh melakukan lebih baik daripada
sebelumnya. Mereka sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki cara mengurus
perniagaan atau produk yang dihasilkannya. Mereka melakukan semua ini untuk memajukan
lagi perniagaannya.
17. Berorientasikan
perancangan.
Usahawan
menyusun strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan sesuatu projek. Mereka
perlu mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan mengambil langkah untuk
meminimumkan kemungkinan kegagalan pada perkara yang boleh dikawal oleh
dirinya. Mereka juga mengenal pasti perkaradi luar kawalan yang mungkin berlaku
& membuat persediaan awal mengelakkan sebarang akibat buruk yang akan
menimpa dirinya. Paling penting pada seorang usahawan ialah merancang masa
kerana inilah kunci segala perancangan. Mereka yang gagal adalah mereka yang
gagal membuat perancangan.
18. Menyedari
keperluan menggunakan agensi dan maklumat
Usahawan
memerlukan seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna untuk membolehkan
dia merancang serta membuat keputusan dalam perniagaannya. Oleh itu, seorang
usahawan sentiasa mencari maklumat terbaru dan menggunakan khidmat agensi sebaik
mungkin.
19. Menetapkan
matlamat
Usahawan
akan fokus pada pencapaian matlamatnya. Ia jelas dan mempunyai nilai dalam
hidup. Mereka akan melakukan pelbagai usaha yang dirancang rapi untuk
matlamatnya itu. Dengan fokus inilah usahawan dapat melakukan sesuatu dengan
cara atau usaha yang tidak mampu dilakukan oleh orang lain. Apabila telah mencapai
matlamat, dia akan menetapkan matlamat yang lebih cemerlang lagi.
20. Ubah suai
pentadbiran
Seseorang
usahawan mampu mengubah suai pentadbiran untuk memajukan syarikatnya. Dia akan menggunakan
kakitangan dan mengagihkan kerja berdasarkan minat serta kebolehan kakitangan.
Oleh itu, semua kerja yang dilakukan akan menjadi seronok kerana adanya minat
dalam melakukan kerja itu.
21. Kemahiran
pengurusan
Pengurusan
perniagaan yang efisien dan efektif adalah perlu bagi menjamin kemajuan
sesebuah perniagaan. Seorang usahawan perlu mahir dalam merancang, mengorganisasi,
mendorong pekerja dan mengawal perniagaan.
22. Rasa kemanjuran (semangat waja)
Semangat
yang kental perlu untuk usahawan kerana dalam perniagaan dia akan menempuh
pelbagai dugaan dan rintangan. Sesiapa yang dapat menempuh cabaran tersebut,
dialah yang boleh Berjaya. Dan mereka yang gagal adalah mereka yang berputus
asa dalam menempuh cabaran dan rintangan yang datang.
23. Kepimpinan
Usahawan
adalah pemimpin. Mereka bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya. Dengan
pengaruh, mereka mampu mendapatkan lebih banyak peluang yang menguntungkan dalam
masa yang singkat. Seorang usahawan perlu ada daya pengaruh bagi membolehkannya
berjaya dalam urus niaga dan mengatur urusan pekerjanya.
24. Kuat berusaha
Seseorang
usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Mereka sanggup melakukan kerja tanpa
mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya. Bak kata
pepatah, “susah-susah dahulu, senangsenang kemudian”.
25. Pandai membuat
keputusan
Usahawan
pandai membuat keputuan yang bijak untuk membolehkan perniagaan berjalan lancar
dan meminimumkan masalah yang bakal timbul. Selain pengetahuan, mereka
menggunakan gerak hati.
Kesemua
25 ciri-ciri tadi adalah antara usahawan-usahawan yang Berjaya. Jika anda mahu
menjadi seorangusahawan yang Berjaya tidak kira dalam bidang apa sahaja, ciri-ciri
ini sangat perlu ada dalam diri kita. Dengan ini, kejayaan akan datang dengan
sendirinya tanpa kita sedari.
No comments:
Post a Comment