Nama: Datin Mina Cheah Foong
Syarikat:
Rampai Niaga Sdn Bhd, The Body Shop
Anda
mungkin salah seorang penggemar berangan The Body Shop, tetapi tahukah anda
siapa yang membawa jenama itu ke Malaysia? Datin Mina Cheah Foong adalah orang
yang bertanggungjawab membawa francais itu ke Malaysia. The Body Shop adalah
rangkaian kedai menjual produk kosmetik dan pengjagaan diri seperti barangan
mandian, spa dan wangian. Ia diasaskan oleh Dame Anita Roddick di England pada
tahun 1976. Kini terdapat lebih dua ribu kedai The Body Shop di seluruh dunia
dengan lebih 77 juta orang pengguna.
Datin
Mina berasal dari Ipoh, Perak. Pada usia 17 tahun beliau dihantar oleh ayahnya
ke United Kingdom bagi belajar di sebuah sekolah di Belfast, Ireland. Beliau
kemudian menyambung pelajaran dalam jurusan system engineering di University of
Leeds, London. Dtin Mina bercita-cta menyertai NASA selepas beliau tamat
belajar. Ketika tinggal di England, setiap hujung mingu Datin Mina pergi ke
Convent Garden di London. Di situ trdapat sebuah kedai The Body Shop. Beliau
sering mengunjungi kedai itu bagi membeli barangan sendiri dan untuk
teman-temannya. Beliau bukan saja meminati pelbagai produk yang ada di sana
malah menyukai segala aktiviti kempen yang dianjurkan The Body Shop.
Apabila
pulang ke Malaysia, Datin Mina masih terus memesan barangan The Body Shop
daripada rakan-rakannyayang berkunjung ke London. Kerana minatnya yang
mendalam, beliau merancang dan berusaha membawa produk The Body shop ke
Malaysia. Datin Mina akhirnya berjaya mendapat hak francais bagi mengedar dan
menjual barangan The Body Shop melalui syarikatnya, Rampai Niaga Sdn. Bhd.
Kedai pertamanya dibuka pada 8 Disemder 1984 di Yow Chuan Plaza, Kuala Lumpur.
Pada masa itu, Datin Mina belum mempunyai pengalaman menjalankan perniagaannya.
Perniagaan The Body Shop dimulakan bersama rakan kongsinya, Mariam Tun
Sulaiman. Wanita itu adalah isteri kepada rakan suaminya. Puan Mariam pada
waktu itu adalah usahawan Amway yang berjaya. Di kedai mereka, Datin Mina
menguruskan aktiviti dagangan manakala Puan Mariam menguruskan hal ehwal
perhubungan awam. Perniagaan mereka berkembang dengan pesat. Selepas menjadi
rakan kongsi selama 10 tahun, Puan Mariam menjual semua saham miliknya dalam
Rampai Niaga. Datuk Simon, suami Datin Mina mengambil alih saham-saham Puan Mariam
itu. Kemajuan The Body Shop yang terus meningkat tahun demi tahun adalah
perkara yang di luar dugaan Datin Mina dan suaminya. Selepas 18 tahun berlalu,
mereka berasa perniagaan itu terllu besar dan tidak tahu ke mana hala tuju
hendak dibawa perniagaan itu seterusnya. AKhirnya beliau dan suami mengambil
keputusan supaya menjual saham-saham mereka dengan nilai RM78 juta. Syarikat
yang mengambil alih The Body Shop adalah Kejora Harta Berhad. Walaupun sudah
menjual saham-sahamnya, Datin Mina masih meneruskan kontrak mengurus
kedai-kedai The Body Shop yang beliau kendalikan.Waktu itu baru beliau terfikir
supaya mengembangkan perniagaan The Body Shop ke rantau Asia Tenggara. Namun
syarikat itu bukan miliknya lagi. Kini beliau dan suami berusaha membeli semula
saham-saham syarikat itu di pasarn bursa. Selepas lebih 20 tahun terlibat dalam
industri peruncitan, Datin Mina mnyedari sebahagian besar daripada para
pelanggan tiada banyak masa pergi membeli belah. Maka diperkenalkan konsep baru
iaitu The Body Shop at Home, produk-produk dijual melalui system parti seperti
dilakukan syarikat Tupperware.
Lain-lain
strategi baru yang dilakukan adalah jualan secara on-line dan melalui katalog
seperti dilakukan pihak Avon. Dengan gabungan L’Oreal dan The Body Shop di United
Kingdom, jenama The Body Shop dijangka menjadi lebih stabil dan kukuh. Di
samping menguruskan The Body Shop, Datin Mina membuka tiga buah kedai kasut
berjenama Vincci di Sydney, Australia. Tujuan asal beliau membuka perniagaan
itu adalah supaya dapat selalu berada di samping anak lelakinya yang dijangka
akan melanjutkan pelajaran di sana. Namun anak beliau menyambung pelajaran di
Melbourne bukan di Sydney. Perniagaan kedai kasut Vincci itu juga mendapat
sambutan baik daripada pihak pelanggan.
Di
samping bergiat dalam perniagaan, Datin Mina banyak menceburkan diri dalam
aktiviti dan kempen amal. Sebagai Presiden Malaysian Business Coalition on AIDS
Society (MBCA) beliau mengumpul dana bagi membantu mangsa-mangsa AIDS, di
samping meningkatkan kesedaran mayarakat tentang penyakit itu. Menerusi The
Body Shop, beliau berkempen menangani isu keganasan wanita, khasnya terhadap
kanak-kanak dan isu penderaan. Kempen-kempen itu membuktikan The Body Shop
menghargai pelanggannya yang 90 peratus terdiri daripada golongan wanita.
No comments:
Post a Comment