BENTUK-BENTUK
PERNIAGAAN
Pengenalan
Jenis-jenis unit perniagaan dapat dibahagikan kepada :-
- Ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran
Perniagaan 1956
(pindaan 1978).
- Perniagaan Perseorangan
(milik tunggal)
- Perkongsian
- perkongsian biasa
- perkongsian berhad
- Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965
- Syarikat Berhad menurut saham
- Syarikat Sendirian Berhad
- Syarikat Awam
- Syarikat Asing
- Syarikat Berhad menurut
jaminan
- Syarikat Tidak Berhad
- Ditubuhkan di bawah Akta
Parlimen atau Enakmen Kerajaan Negeri
Perniagaan Perseorangan
Ciri-ciri Perniagaan
Perseorangan ialah :-
- dimiliki oleh seorang
individu.
- mudah ditubuhkan dan tidak
melibatkan peraturan yang banyak.
- didaftarkan di bawah Akta
Pendaftaran Perniagaan 1956 dan mendapatkan lesen perniagaan dari pihak
berkuasa tempatan.
- modal bermula dari simpanan
atau peminjaman oleh pemiliknya sahaja dan biasanya kecil atau terhad.
- diuruskan dan dikawal oleh
pemiliknya sendiri.
- bebas membuat dasar dan
keputusan
- kejayaan perniagaan
bergantung kepada daya usaha dan kebolehan pemilik sendiri dari segi
mendapatkan modal dan menjalankan aktiviti pengurusan perniagaan.
- liabiliti yang tidak terhad
(kegagalan perniagaan seperti bankrap dan sebagainya akan melibatkan
harta peribadi).
- bertanggungjawab sepenuhnya
ke atas semua risiko perniagaannya.
- secara undang-undang tiada
perbezaan antara harta perniagaan dan harta peribadi.
- segala keuntungan atau
kerugian akan ditanggung sendiri oleh pemilik.
- hanya dikenakan cukai
pendapatan individu.
Kebaikan perniagaan
perseorangan ialah :-
- Modal yang kecil dan mudah
dibentuk.
- Mudah dikendalikan kerana
saiz yang kecil dan keputusan berada dalam tangan sendiri.
- Mempunyai dorongan untuk
berjaya kerana segala keuntungan dan keputusan adalah di tangan sendiri.
- Mempunyai hubungan rapat
dengan pelanggan dari segi layanan dan perkhidmatan selepas jualan.
- Kedudukan kewangan boleh
dirahsiakan.
- Menjimatkan penggunaan buruh
kerana kerja-kerja boleh dijalankan oleh ahli keluarga terdekat sebagai
pembantu dalam perniagaan.
Kelemahan perniagaan
perseorangan ialah :-
- Modal yang kecil menghalang
perkembangan
- Liabiliti yang tidak terhad
- Tiada pembahagian kerja dan
pengkhususan
- Kejayaan perniagaan adalah
terlalu bergantung kepada kebolehan pemilik.
- Perniagaan tidak berterusan
kerana usia perniagaan bergantung atas usia pemilik.
Perniagaan
Perkongsian
Ciri-ciri perniagaan perkongsian
ialah :-
- perkongsian ditakrifkan
sebagai perhubungan antara dua atau lebih orang yang menjalankan
perniagaan bersama untuk memperolehi keuntungan.
- bilangan rakan kongsi adalah
dalam lingkungan 2 hingga 20 orang (umumnya).
- bagi perkongsian bank atau
broker saham, bilangan rakan kongsi tidak melebihi 10 orang.
- bagi perkongsian yang
melibatkan sesuatu profession seperti peguam dan akauntan, rakan kongsi
adalah tidak melebihi 50 orang.
- perjalanan sesebuah
perkongsian adalah ditetapkan di bawah Akta Perkongsian 1961.
- Perniagaan
perkongsian juga tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
- boleh ditubuhkan secara
lisan atau tulisan.
- biasanya membentuk satu
persetujuan bersama dalam bentuk surat ikatan perkongsian yang
dipanggil perjanjian perkongsian bagi mengelakkan
perselisihan.
- kandungan perjanjian
termasuklah nama firma, nama kesemua rakan kongsi, jenis dan tempat
perniagaan, nisbah pembahagian keuntungan/kerugian, peruntukan hak dan
tanggungjawab rakan kongsi, cara menjalankan perniagaan dan bagaimana
perkongsian akan ditamatkan.
- satu perkongsian boleh wujud
tanpa perjanjian tetapi ianya adalah tertakluk kepada peruntukan di
dalam Akta Perkongsian 1961.
- Akta Perkongsian 1961
mengandungi perkara-perkara berikut :-
- untung rugi dibahagikan sama
rata.
- tiada bunga bagi modal yang
dilaburkan.
- tiada gaji untuk rakan-rakan
kongsi.
- pinjaman oleh rakan-rakan
kongsi kepada perniagaan akan diberikan bunga 5% setahun.
Jenis-Jenis Perniagaan
Perkongsian
- Terdapat dua jenis
perkongsian :-
- perkongsian biasa
- perkongsian berhad
- Dalam perkongsian biasa,
kesemua rakan kongsi adalah rakan kongsi biasa di mana mempunyai
liabiliti yang tidak terhad, kuasa dan tanggungjawab yang sama serta
berhak menguruskan perniagaan.
- Dalam perkongsian berhad,
rakan-rakan kongsi adalah mempunyai liabiliti yang terhad kepada jumlah
modal yang dilaburkan dan tidak mempunyai kuasa dalam pengurusan
perniagaan. Dalam perkongsian ini, mesti ada sekurang-kurangnya seorang
rakan kongsi biasa yang menanggung semua liabiliti perniagaan dan
bertanggungjawab terhadap pengurusan perniagaan.
Jenis-Jenis Rakan
Kongsi
- mengambil bahagian yang
aktif dalam pengurusan dan biasanya dibayar gaji.
- hanya menyumbangkan modal
dan tidak mengambil bahagian di dalam pengurusan perniagaan.
- Rakan Kongsi Nominal (Namaan)
- membenarkan namanya
digunakan di dalam perniagaan sebagai rakan kongsi tanpa melaburkan
modal. Ia tidak menerima pembahagian keuntungan tetapi liabilitinya
adalah tidak terhad (kerana namanya didaftarkan sebagai rakan kongsi).
- mempunyai liabiliti terhad
kepada jumlah modal yang dilaburkan sahaja dan tidak ada kuasa
pengurusan tetapi boleh memeriksa buku-buku rekod dan akaun perniagaan.
Sebab-sebab Perniagaan
Perkongsian Dibubarkan
Sesuatu perkongsian boleh dibubarkan kerana salah satu sebab
yang berikut :
- Kematian, kebankrapan atau
ketidaksiuman salah seorang pekongsi.
- Tercapainya tujuan penubuhan
perkongsian itu.
- Berakhirnya tempoh masa
perkongsian.
- Tercetus peperangan.
- Sebagai akibat tindakan
guaman atau dengan perintah mahkamah untuk membubarkannya.
Kebaikan Perniagaan
Perkongsian ialah :-
- Lebih modal dapat
dikumpulkan.
- Dapat menggunakan kepakaran
dari rakan-rakan kongsi yang berkemungkinan mempunyai kemahiran,
pengetahuan dan pengalaman yang berlainan.
- Pengkhususan kerja dapat
dilakukan dengan adanya pelbagai kemahiran dan kepakaran tersendiri dari
rakan-rakan kongsi.
- Risiko perniagaan dapat
disebarkan (dikongsi) antara rakan-rakan kongsi.
- Persaingan dapat dikurangkan
melalui perkongsian, dengan itu perbelanjaan untuk persaingan dapat
diagihkan bagi meningkatkan jualan dan memperkembangkan perniagaan.
- Perkongsian masih lagi mudah
untuk ditubuhkan berbanding penubuhan syarikat atau koperasi. Ianya
hanya perlu didaftarkan dengan Pendaftar Perniagaan dan mendapatkan
lesen perniagaan dari pihak berkuasa tempatan.
Kelemahan Perniagaan
Perkongsian
- Berlaku salah faham atau
perselisihan antara rakan kongsi dan ini akan menjejaskan rancangan dan perjalanan
perniagaan serta boleh membawa kepada pembubaran perkongsian.
- Liabiliti yang biasanya tidak
terhad akan menyebabkan individu / rakan kongsi kehilangan harta
persendirian jika perniagaan menghadapi masalah dalam pembayaran balik
hutang piutangnya.
- Kesilapan dari seorang rakan
kongsi akan mengikat rakan-rakan kongsi yang lain. Ini kerana setiap
rakan kongsi mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap perkongsiannya.
Segala kerugian akan ditanggung bersama walaupun diakibatkan oleh hanya
seorang rakan kongsi.
- Perniagaan perkongsian adalah
tidak berkekalan. Jika seorang rakan kongsi menjadi tidak siuman,
bankrap atau mati, perkongsian mungkin terpaksa dibubarkan.
- Pengumpulan modal adalah
masih terhad dalam lingkungan maksimanya 20 orang sahaja. Maka perkembangan
perniagaan adalah bergantung kepada sumber modal yang terhad ini.
Syarikat
Syarikat yang
ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 adalah merupakan badan korporat yang mempunyai
entiti tersendiri di sisi undang-undang.
Ciri-ciri syarikat ialah
:-
- mempunyai hak dan
tanggungjawab tersendiri (berasingan dari pemiliknya/ pemegang saham).
- boleh memiliki harta sendiri
- boleh mendakwa dan didakwa
- bertindak (pengurusan)
menerusi pengurus-pengurus yang digajikan oleh syarikat.
- tidak bergantung kepada
hayat pemilik atau pemegang sahamnya.
- mempunyai jangka hayat yang
berterusan selagi tidak dibubarkan oleh pemilik/ pemegang saham atau
oleh undang-undang.
- tanggungan oleh pemilik
adalah terhad kepada jumlah sumbangan saham.
- mestilah sekurang-kurangnya
mempunyai dua orang ahli yang mempunyai alamat bermastautin di
Malaysia.
Jenis-Jenis Syarikat
- Syarikat Berhad Menurut Saham
- tanggungan ahli-ahli terhad
mengikut jumlah yang belum dibayar ke atas saham yang dimilikinya.
- Syarikat Berhad Menurut
Jaminan
- tanggungan ahli-ahli adalah
terhad mengikut jumlah yang dipersetujui oleh ahli-ahli di dalam
Tataujud dan Tataurus Syarikat.
- Syarikat Tidak Berhad (tidak
terhad; contoh broker saham dan arkitek)
Kategori Syarikat
Berhad Menurut Saham
Syarikat bentuk ini mempunyai modal saham dan ianya boleh
dikategorikan kepada :-
- Syarikat Sendirian Berhad
(Private Company)
- Syarikat Awam (Public
Company) - tidak dibincangkan
- Syarikat Asing (Foreign
Company) - tidak dibincangkan
Jenis-Jenis Syarikat
Syarikat Sendirian Berhad
Ciri-ciri syarikat
sendirian berhad ialah :-
- Bilangan ahli/pemegang saham
mestilah sekurang-kurangnya 2 orang tetapi tidak boleh melebihi 50 orang
pada satu-satu masa.
- Ada kuasa tertentu untuk
memindahkan milik saham ahli-ahli.
- Pelawaan pembelian saham atau
debentur tidak boleh dilakukan kepada orang ramai.
- Tidak boleh mempelawa orang
ramai untuk mendepositkan wang.
Halangan-halangan ini
adalah telah diperuntukan di bawah Seksyen 15(1) Akta Syarikat 1965 dan mesti
dinyatakan di dalam Tataurus Syarikat.
- Mesti menggunakan perkataan
"Sdn. Bhd." atau "Sendirian Berhad" di penghujung
nama perniagaanya.
Kehendak-kehendak Wajib bagi
syarikat sendirian berhad ialah :-
- Tataujud Syarikat (Memorandum
of Association)
- Tataurusan Syarikat (Articles
of Association)
- Modal Saham
- yang dibenarkan
- yang berbayar
- Ahli/Pemegang Saham
- Lembaga Pengarah
- Setiausaha
- Juruaudit
- Pejabat yang didaftarkan
- Materi Syarikat
- Power of Attorney (Surat
Kuasa)
Kelebihan syarikat sendirian
berhad ialah :-
- Mudah mendapatkan modal
melalui penukaran hak milik saham.
- Pemegang-pemegang saham
dilindungi oleh perundangan.
- Pemilik saham tidak dibebankan
dengan tanggungjawab pengurusan perniagaan.
- Tanggungjawab
pemilik/pemegang saham adalah terhad kepada sumbangan modal sahaja.
- Hayat syarikat terjamin
kerana syarikat tidak perlu dibubarkan oleh sebab kematian atau
penarikan diri seorang pemegang saham.
- Potensi mengembangkan
perniagaan adalah luas.
- Syarikat adalah satu entiti
yang berasingan dan oleh itu ia boleh didakwa dan mendakwa di atas
namanya sendiri.
Kelemahan syarikat
sendirian berhad ialah :
- Perjalanan operasi adalah
dalam kawalan pendaftar syarikat.
- Saham syarikat tidak boleh
dijual beli melalui pasaran saham.
- Berbagai jenis cukai terpaksa
dibayar.
- Laporan kewangan perlu
diaudit oleh juruaudit yang bertauliah dan dokumen-dokumen mestilah lengkap
dan dikemaskinikan.
|
No comments:
Post a Comment