Kita mungkin sudah biasa melihat rangkaian mini market
99Speedmart yang papan tandanya berwarna hijau gelap dan oren itu. Ramai
mungkin tidak tahu siapakah pemilik rangkaian mini market itu. Untuk rekod, ia
adalah milik seorang lelaki kurang upaya (OKU) bernama Lee Thiam Wah.
Beliau memiliki lebih 2OO buah cawangan 99Speedmart di
seluruh Malaysia (2011).
Lee berkerusi roda semenjak kecil.
Sewaktu bayi, Lee lumpuh disebabkan polio dan hilang
fungsi kakinya.
Bapanya seorang buruh pembinaan dan ibunya seorang
penjaja, mereka bekerja keras untuk menyara 11 anak.
Mereka cuma mampu menyediakan pendidikan peringkat
sekolah rendah kepada Lee.
Untuk menghilangkan rasa sunyi, Lee belajar sendiri
dengan membaca buku yang dipinjam dari jiran, dan menjual makanan ringan serta
snek ditepi jalan.
“Saya perlu menolong diri sendiri. Tiada siapa yang
hendak menggaji saya yang mempunyai fizikal yang terhad ini..”
Lee memiliki simpanan RM5,000 ketika 23 tahun, cukup
untuk memulakan kedai runcit.
Dari situ beliau mula belajar tentang perniagaan runcit.
Lee menceritakan – ‘saya belajar apa pelanggan mahu, saya
kenal siapa pembekal dan harga mereka. Dan saya kaji pesaing saya dengan
cermat..’
Beliau telah
berjaya menubuhkan 8 pasar mini di sekitar bandar Klang, Selangor pada hujung
tahun 1990an walaupun kegawatan ekonomi berlaku pada masa itu. Kejayaan ini
adalah sumber keyakinan kepadanLee dalam perkembangan perniagaan kedai
serbaneka yang mempunyai potensi tinggi.
Pada Ogos
1992, pasar raya 99 yang pertama telah dibuka.
Sejak tahun
1995, 7 buah lagi pasar raya yang menggunakan sistem kawalan stok dan inventori
yang terkini telah dibuka di beberapa kawasan di Klang. Perniagaan kesemua
pasar raya ini berkembang dengan kadar 8 peratus setahun.
Pada masa
perniagaannya berkembang, beliau telah memperoleh banyak pengetahuan dan
pengalaman dalam bidang perniagaan barangan serbaneka.
Beliau
mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap setiap perkara yang melibatkan
perniagaan ini seperti layanan pelanggan, pemilihan tempat perniagaan, kebersihan
tempat perniagaan, pentadbiran perniagaan, penjualan dan promosi.
Ini menghasilkan rangkaian pasaraya berjenama tinggi yang
dikenali oleh penduduk Klang.
Daripada pengalaman dan kejayaan Lee dalam perniagaan
ini, beliau telah mengilhamkan satu konsep kedai serbaneka moden yang mempunyai
segala kemudahan dan keperluan yang boleh dijalankan dengan satu kedai.
Justeru, 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah ditubuhkan untuk
mengadakan francais kedai-kedai serbaneka di seluruh Malaysia.
Sembilan
kedai-kedai serbaneka 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah wujud di sekitar Lembah
Klang.
Konsep kedai serbaneka 99 Speedmart telah direka untuk
menawarkan kepada pengguna cara membeli-belah dengan mudah, cepat dan selesa
tanpa kesesakan orang ramai yang biasanya dapat dilihat di pasar raya atau
pasar raya besar. Ia juga menyediakan pelbagai jenis barangan dengan nilai yang
terbaik untuk pengguna.
Slogan kedai serbaneka 99 Speedmart Begitu cepat, begitu
mudah meliputi idea dan konsep kedai serbaneka 99 Speedmart iaitu Cepat dan Mudah.
Ini kerana pengguna boleh mendapatkan barangan yang
diperlukan dengan cepat serta mudah dari segi masa, wang dan penginapan.
Bagi menguatkan ‘ikatan’ dengan pembekal, Lee akan
menjelaskan bayaran dengan hanya beberapa minit sahaja dengan mereka setiap
kali beliau memperoleh barangan yang dipesan. Cara ini menyebabkan pembekal
percaya kepada kejujuran Lee.

Di kala ramai OKU yang bergantung sepenuhnya pada bantuan
kerajaan, Lee memecahkan tradisi ini.
Beliau pada awalnya terpaksa meminta bantuan adik beradiknya
untuk menyusun barangan yang berat.
Keadaan beliau berkerusi roda tentunya menyebabkan
pergerakannya terhad.
“Sudah tentu saya kena bekerja lebih kuat dari orang
lain. Saya tidak boleh berbahasa Inggeris, berkerusi roda dan sekolah setakat
darjah enam.”
“Tapi bila berkerja keras, secara automatik boleh
menambahkan rasa keyakinan diri dan ilmu pengertahuan,” kata Lee.
Beliau juga tidak menggunakan kecacatan dirinya bagi
meminta diskaun dari pembekal.
Tiada keistimewaan khas, cuma bisnes dan berurusan
seperti orang lain.
Rujukan :
http://www.tarikanrezeki.com/blog/2012/08/06/menjadi-usahawan-merupakan-jalan-yang- sebenar/
Adakah anda mengalami masalah kewangan atau anda mahu memenuhi impian anda dengan dana?
ReplyDeleteAdakah anda memerlukan pinjaman untuk membayar bil anda, Mula atau mengembangkan perniagaan anda?
Adakah anda mengalami kesukaran untuk mendapatkan pinjaman daripada Pemberi Pinjaman atau Bank yang keras kerana bayaran / syarat pinjaman yang tinggi?
Adakah anda memerlukan pinjaman untuk alasan yang sah?
Kemudian bimbang kami telah datang untuk menawarkan pinjaman kepada pemohon yang berminat di dalam dan di luar negara tidak kira jantina atau lokasi tetapi usia mesti 18 tahun ke atas.
Mendapatkan kembali kepada kami untuk rundingan mengenai jumlah yang anda perlukan akan menjadi keputusan bijak.
JENIS PINJAMAN KAMI
Pinjaman ini diwujudkan untuk membantu pelanggan kami secara kewangan, dengan tujuan untuk mengurangkan beban kewangan. Apa pun sebabnya, pelanggan boleh mencari pelan pinjaman yang sesuai dari syarikat kami yang memenuhi keperluan kewangan.
Data pemohon:
1) Nama Penuh:
2) Negara
3) Alamat:
4) Seks:
5) Kerja:
6) Nombor telefon:
7) Kedudukan semasa di tempat kerja:
8 Pendapatan bulanan:
9) Jumlah pinjaman yang diperlukan:
10) Tempoh pinjaman:
11) Adakah anda memohon sebelum:
12) Tarikh Lahir:
Hubungi syarikat pinjaman Gloria S melalui e-mel:
{gloriasloancompany@gmail.com} atau
WhatsApp Nombor: +1 (815) 427-9002
Selamat sejahtera