Setiap
masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Begitu juga dengan hutang. Terdapat
pelbagai jenis hutang, ia boleh berupa hutang budi, hutang barang dan hutang
wang. Sehingga ada pepatah Melayu yang menyebut, “Hutang budi dibawa mati”. Begitulah besar kesan hutang dalam
kehidupan kita. Manakala hutang wang pula bermaksud wang milik orang lain atau
badan lain yang telah dipersetujui lalu dipinjamkan kepada kita. Apabila ia
milik orang lain, maka ia harus dikembalikan semula mengikut janji yang telah
ditetapkan. Wang yang telah kita gunakan itu wajib dibayar semula.
Setiap usahawan yang berjaya
pernah menghadapi hidup yang amat sukar. Sehingga membuat pinjaman daripada
pelbagai agensi atau bank. Berkat kesabaran dan usaha yang tidak putus telah
membuktikan mereka berjaya melarikan diri dari beban hutang dan mampu menjalani
hidup dengan senang. Kerana kejayaan itu tidak datang dengan mudah. Ia harus
disertakan dengan usaha dan kekuatan diri yang paling tinggi. Tetapi masih
ramai juga yang gagal membayar hutang. Perkara ini mungkin disebabkan beberapa
faktor dalaman diri si pemiutang itu sendiri. Mereka gagal untuk mengubah hidup
dan tidak berani menyahut cabaran.
Banyak cara dan teknik yang
dilakukan ramai orang untuk membayar hutang yang telah dibuat. Walau
bagaimanapun, cara dan teknik ini tidak akan berkesan jika tiada kesedaran
dalam diri si pemiutang itu sendiri. Sekiranya kita liat untuk membayar hutang,
hidup kita akan dibayangi perasaan tidak senang dan hidup sentiasa diburu
kekesalan. Apabila semua hutang perniagaan telah dilangsaikan, kita mempunyai
potensi untuk terus mengembangkan perniagaan kerana tidak perlu membayar hutang
lagi. Keuntungan yang kita dapat adalah keuntungan bersih. Nama kita juga akan
bersih dan tiada lagi pihak yang cuba menikam kita dari belakang kerana hutang
yang belum dilunaskan. Selain itu, kita juga tiada musuh, kerana hutang yang
belum dibayar menjadi punca kita dibenci orang lain. Agensi yang pernah
memberikan kita pembiayaan suatu ketika dahulu berani memberi kita membuat
pinjaman lagi kerana hutang lama telah dilangsaikan. Kita juga akan menambah
bilangan kawan dan ramai pelabur yang berani melabur kerana rekod kita yang
telah bersih daripada hutang. Mari kita pelajari beberapa teknik melangsaikan
hutang perniagaan
Berfikiran positif, motivasi diri dan berdisiplin
Nilai-nilai ini mempunyai
kekuatan yang sangat hebat dalam membantu kita melunaskan hutang. Katakan kita
membuat pinjaman daripada MARA, Majlis Amanah Rakyat sebanyak RM 5000.00 untuk
memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan membeli sebuah mesin jahit industri
yang kita gunakan untuk menerima tempahan jahit baju dari rumah. Berfikiran
positif mampu membuka minda kita untuk melakukan pelbagai pekerjaan yang telah
kita rancangkan. Duit hasil tempahan jahit baju secara kecil-kecilan itu boleh
kita simpan untuk membayar hutang yang telah dibuat. Motivasi dalam diri sangat
mempengaruhi pembayaran hutang. Berfikiran positif dan motivasi perlu disertai
dengan disiplin juga. Jika kita tidak disiplin, hutang yang dibuat gagal
dibayar. Disiplinkan diri dengan menetapkan bahawa hutang mesti dibayar setiap
bulan sehingga habis.
Berusaha dengan lebih gigih
Selain itu, kita mesti berusaha
dengan lebih gigih untuk membayar hutang yang dibuat. Hutang perniagaan
mempunyai tempoh bagi pembayaran balik. Tetapi, jika cepat kita membayarnya
adalah lebih baik. Jika tidak, kita hanya mampu bekerja dengan lebih gigih untuk
membayar hutang. Contohnya, dengan memiliki mesin jahit yang telah diberi, kita
boleh menerima tempahan menjahit dengan lebih banyak. Hasil kerja yang
memuaskan akan menyebabkan pelanggan akan datang lagi kepada kita. Katakan kita
hanya memulakan bidang ini secara sambilan sahaja, selepas pulang dari tempat
kerja kita boleh sambung menjahit baju apabila tiba di rumah. Semua orang
mempunyai komitmen masing-masing, mungkin mahu memasak untuk keluarga,
menguruskan anak-anak, atau mengemas rumah. Tetapi jika mahu berjaya kita mesti
berusaha untuk mendapatkannya. Azam yang tinggi tidak menjadikan sebarang
alasan sebagai batu penghalang untuk berjaya. Jadikan minat terhadap bidang
yang diceburi sesuatu yang menyeronokan sehingga kita tidak merasa jemu melakukannya.
Bayar hutang walau dalam jumlah yang kecil
Teknik yang seterusnya adalah
bayar hutang walau dalam jumlah yang kecil. Semua orang sedia maklum jika
pembabitan awal dalam dunia perniagaan tidak menjanjikan pulangan yang lumayan.
Cukup sekadar mampu melabur untuk pusingan modal yang berikutnya sahaja. Oleh
sebab faktor itu, wang yang diterima perlu disimpan dan dibuat bayaran balik.
Kita mesti tetapkan jumlah hutang yang boleh kita bayar di awal tempoh pinjaman
itu. Mungkin pada bulan pertama kita membayar sebanyak RM 100.00 sahaja.
Apabila permintaan semakin meningkat, wang yang diterima juga semakin banyak,
tidak salah kita kita membayar dalam jumlah yang banyak. Jika tidak, hutang
yang dibuat lambat dilunaskan. Bayar sedikit demi sedikit, lama kelamaan jumlah
wang itu akan susut dan habis. Katakan pula kita membayar sebanyak RM 150.00
sebulan dan lakukannya secara konsisten. Sehelai baju kurung boleh disiapkan
dalam masa satu hari, dan upah menyiapkannya sekitar RM32 sepasang. Jadi,
sebulan kita mampu meraih pendapatan sampingan sebanyak RM 960.00 dengan hanya
menjahit baju dari rumah. Tetapkan pula untuk membayar sebanyak RM300.00
sebulan, selama 16 bulan hutang itu akan langsai.
Hutang yang paling kecil perlu dibayar dahulu
Dengan teknik ini, jumlah semua
hutang perlu dikumpulkan sebagai kiraan besar. Kemudian mula membayar hutang
bermula dengan nilai yang paling kecil. Katakan semua hutang berjumlah RM
20000.00. RM 15000.00 baru sahaja dipinjam untuk membuka sebuah kedai menjahit.
Baki RM5000.00 adalah pinjaman awal membeli sebuah mesin jahit industri.
Setelah setahun menjahit di rumah, timbul keinginan untuk membuka kedai dan
mahu menjadikannya sebagai pendapatan sepenuh masa pula. Jumlah yang perlu
dibayar dahulu adalah pinjaman RM 5000.00. Apabila hutang itu berjaya
dilangsaikan, pinjaman RM 20000.00 pula perlu dibayar. Jadi, kita akan nampak
kesannya apabila membayar hutang ini walaupun bermula dengan nilai yang kecil.
Perjanjian bayaran balik perlu dipatuhi, contohnya apabila menjadikan bidang ini
pekerjaan sepenuh masa kita perlu membayar sehingga RM 450.00 sebulan. Jumlah
ini adalah jumlah yang telah dipersetujui semasa memohon pembiayaan dahulu.
Jangan libatkan Ah long
Sanggupkah anda melihat
keluarga sendiri sengsara akibat diburu lintah darat? Kerana, hutang yang
dipinjam perlu dibayar berkali ganda. Silap-silap nyawa sendiri yang akan
melayang. Pinjaman dengan lintah darat sangat mudah diluluskan walau dalam
jumlah yang banyak. Lintah darat bukan sahaja memburu si pemuitang, sebaliknya
cuba mengapa-apakan ahli keluarga yang terdekat. Berhubungan dengan lintah
darat adalah cara yang hanya mengundang masalah. Hanya golongan yang pendek
akal sahaja akan membuat pinjaman daripada lintah darat untuk membayar hutang.
Dalam ayat yang paling singkat, jangan mengadakan sebarang hubungan dengan
lintah darat. Kelak, diri sendiri yang susah.
Kesimpulan
Semua masalah akan selesai
sebaik sahaja kita selesai membayar hutang. Selepas itu, kita mampu menarik
nafas lega dan mampu hidup dengan senang. Kita juga boleh menjadi seorang
menjadi usahawan yang berjaya. Perniagaan kecil sudah boleh diperbesarkan dan
sudah mampu untuk mengupah pekerja. Tetapi teknik ini perlu dipatuhi jika tidak
mahu dibelenggu hutang. Jika mahu meluaskan lagi perniagaan yang ada, pemohonan
pembiayaan boleh dipohon lagi kerana hutang lama sudah dibayar dan rekod kita
juga bersih darinya. Kita juga sudah mampu membeli sedikit aset seperti kereta
dan rumah. Kesimpulanya, teknik-teknik melangsaikan hutang pinjaman perniagaan
ini bermula dari dalam diri kita sendiri. Kekuatan fizikal dan mental
diperlukan bagi merealisasikan impian ini.
Rujukan
:
Adakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, Adakah anda serius memerlukan pinjaman segera, Adakah anda berfikir untuk memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai keinginan anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan korporat pinjaman, dan semua jenis pinjaman pada kadar faedah sebanyak 2%, kami menjamin semua pelanggan berharga kami bahawa mereka akan mendapat semua pinjaman masing-masing dan menjadi tahun baru dengan senyuman di wajah mereka.
ReplyDeleteUntuk maklumat lanjut, sila hubungi kami sekarang melalui e-mel {} gloryloanfirm@gmail.com
Maklumat peminjam:
Nama Penuh: _______________
Negara: __________________
Seks: ______________________
Umur: ______________________
Jumlah Pinjaman Diperlukan: _______
Tempoh pinjaman: ____________
Tujuan pinjaman: _____________
Nombor Telefon Bimbit: ________
Puan Glory
TAWARAN TAHUN BARU !!!
ReplyDeleteAdakah anda sedang mencari pinjaman? Atau anda menolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan untuk satu atau lebih sebab-sebab? Anda mempunyai tempat yang tepat untuk penyelesaian pinjaman anda di sini! Clara Pinjaman Limited memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat dan individu pada kadar faedah yang rendah dan berpatutan sebanyak 1.5% pada tahun ini akhir kami tawaran tahun. Sila hubungi kami melalui e-mel di sini pada Claraloan@financier.com
Data pemohon:
1) Nama Penuh:
2) Negara:
3) Alamat:
4) Negara:
5) Jenis Kelamin:
6) Status perkahwinan:
7) Pekerjaan:
8) Nombor telefon:
9) Kedudukan masa ini di tempat kerja:
10) Pendapatan Bulanan:
11) Jumlah Pinjaman Diperlukan:
12) Tempoh Pinjaman:
13) Tujuan pinjaman:
14) agama:
15) Adakah anda memohon sebelum ini;
16) Tarikh lahir;
Terima kasih
Clara.