Sedarkah anda bahawa business network atau rangkaian
perniagaan merupakan salah satu elemen terpenting yang mesti diwujudkan untuk
memastikan sesebuah perniagaan itu berjaya. Perkara ini telah diakui oleh semua
usahawan yang telah berjaya.
Business network
atau rangkaian perniagaan merupakan hubungan yang wujud diantara beberapa
individu di dalam sesebuah perniagaan termasuklah peniaga, pembekal atau pemborong, dan pelanggan. Namun
begitu kebanyakan usahawan-usahawan sekarang
seakan-akan terlepas pandang atau sudah tidak mementingkan perkara tersebut.
Perniagaan pada zaman sekarang sudah tidak seperti zaman
dahulu lagi. Sudah banyak perniagaan yang wujud di sekeliling kita dan memaksa
semua para usahawan untuk bersaing sesama mereka. Jadi untuk mengurangkan
persaingan ini, para usahawan perlu mewujudkan usahasama atau join venture
sesama mereka. Secara tidak langsung dengan adanya rangkaian perniagaan yang
baik ini sesebuah perniagaan itu juga dapat berkembang dengan lebih cepat.
Selain dapat
mengurangkan persaingan, sebenarnya hubungan rangkaian perniagaan ini juga
dapat membantu para usahawan untuk melariskan stok-stok mereka disamping
bertukar-tukar pelanggan-pelanggan yang sedia ada di antara mereka. Pada masa
yang sama juga mereka boleh memperkenalkan perniagaan mereka kepada pelanggan-pelanggan
yang baru iaitu pelanggan kepunyaan rakan niaga mereka.
Namun begitu, rangkaian perniagaan bukan sahaja tertumpu di
kalangan usahawan atau peniaga sahaja. Malah hubungan yang baik ini perlulah diteruskan
juga bersama pelanggan-pelanggan yang sedia ada. Ini penting untuk memastikan
perniagaan mereka sentiasa laris.
Apa yang akan terjadi jika pelanggan mereka hanya membeli
sekali sahaja daripada mereka dan tiada lagi pelanggan-pelanggan baru yang mahu
membeli daripada mereka? Bukankah ini perkara yang merugikan kerana kos untuk
menarik pelanggan-pelanggan baru adalah tersangat-sangat tinggi berbanding kos
untuk mengekalkan pelanggan-pelanggan yang sedia ada.
Oleh itu, anda sebagai usahawan atau peniaga perlulah
menitikberatkan soal hubungan yang baik di dalam rangkaian perniagaan anda
supaya perniagaan anda boleh berkembang maju. Dengan ini anda bukan sahaja
dapat membantu perniagaan anda malah perniagaan rakan-rakan anda yang lain
juga.
Rujukan :
No comments:
Post a Comment